Print this page
Selasa, 07 Oktober 2025 13:34

Kunjungan Hormat PPAT Ke Atas Ketua Pengarah PNM

Written by 
Rate this item
(0 votes)

KUALA TERENGGANU: Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), YBRs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, bertempat di Hotel Raia, Kuala Nerus, Terengganu.


Kunjungan ini diketuai oleh Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT bersama-sama barisan pengurusan kanan PPAT. Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh profesionalisme dengan fokus kepada perbincangan strategik mengenai hala tuju pembangunan perkhidmatan Perpustakaan Awam, inisiatif digitalisasi maklumat serta pengukuhan jaringan kerjasama antara PPAT dan PNM. Turut hadir adalah pegawai-pegawai dari PNM yang bersama-sama menjayakan sesi perbincangan mesra ini bersempena lawatan rasmi Ketua Pengarah PNM ke Negeri Terengganu.


PPAT terus komited untuk memainkan peranan sebagai peneraju dalam memperkasa budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Perpustakaan Negara Malaysia.

kunjungan pnm

kunjungan pnm

kunjungan pnm

 

 

Read 1071 times Last modified on Ahad, 23 Ogos 2026 16:53
faizu

Latest from faizu