Program Semarak Muharam: Gotong-Royong Mengacau Bubur Asyura yang berlangsung pada 1 Julai 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Nuzulnisa Binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT dan semua warga PPAT yang telah bersama-sama menyumbang tenaga, masa dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semangat bergotong-royong yang dipamerkan bukan sahaja menghidupkan tradisi mengacau Bubur Asyura, malah turut mengeratkan silaturahim serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja.
Terima kasih juga kepada Kelab PERPAT dan Unit Integriti PPAT atas penganjuran serta kerjasama yang diberikan sehingga program ini berjalan dengan lancar.
Semoga semangat kebersamaan dan ukhuwah yang terjalin melalui program ini terus berkekalan dan menjadi inspirasi untuk kita terus berganding bahu dalam setiap aktiviti yang akan datang.
“Bersama mengacau, bersama berkongsi, meraih keberkatan.”






