• Futsal Kesperb
Selasa, 21 Mac 2017 14:49

SAMBUTAN HARI KELUARGA PPAT

 

hari keluqrga

 

  Hari Keluarga PPAT 2016 telah diadakan pada 21 Mei 2016 yang lalu dan berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Walaupun sibuk dengan tugasan harian, ia tidak menghalang warga PPAT daripada semua peringkat sama ada Perpustakaan Awam Negeri, Daerah, dan Desa untuk turut sama memeriahkannya. Pelbagai acara menarik telah diadakan sempena sambutan hari keluarga ini antaranya adalah senamrobik, sukaneka, permainan dalaman dan cabutan bertuah. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan acara senamrobik dan disusuli dengan 12 acara sukaneka dan permainan dalaman yang disertai oleh warga PPAT serta kaum keluarga.

 

  Acara sukaneka untuk kanak-kanak telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Manakala acara permainan dalaman disertai oleh golongan dewasa. Hadiah-hadiah pemenang sukaneka dan hadiah cabutan bertuah telah disampaikan oleh Pengarah PPAT, Dato’ Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah dan barisan pegawai PPAT yang hadir pada hari berkenaan. Majlis ini telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada jam 1.00 tengahari.

Last modified on Selasa, 21 Mac 2017 15:23
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini