• Futsal Kesperb
Selasa, 21 Mac 2017 15:03

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi

 

lambaian kasih

 

  Satu majlis kenang-kenangan antara warga kerja PPAT dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Dato’ Hajah Nor Akmal binti Abd. Fatah telah diadakan pada 30 November 2016. Majlis yang diberi nama “Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi” ini bertempat di Dewan Serbaguna, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bagi meraikan persaraan Dato’ Pengarah yang akan bersara wajib di usia 60 tahun pada 1 Disember 2016. Majlis ini menghimpunkan seluruh warga kerja PPAT dari daerah, pekan dan desa ini merupakan perhimpunan terakhir bersama Dato’ Pengarah yang telah menerajui PPAT selama 11 tahun. Pelbagai jasa, bakti dan pengorbanan telah dicurahkan oleh Dato’ Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah sepanjang beliau memulakan tugas di PPAT bagi memperluaskan perkembangan ilmu dan memperkenalkan perpustakaan di mata masyarakat. Majlis yang diadakan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja PPAT serta mendengar taklimat terakhir daripada Dato’ Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar seluruh warga PPAT bersama dengan Dato‘ Pengarah dan perarakan masuk Dato’ Pengarah diiringi oleh seluruh warga kerja PPAT ke dalam Dewan Serbaguna PPAT.

 

  Majlis diteruskan dengan ceramah mengenai “Intregriti Dalam Kerja” yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Suhaimi Bin Mohamad Al Bakry, Imam Besar Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Majlis anjuran Kelab Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu ini diserikan lagi dengan dua ucapan daripada Pengerusi Kelab PERPAT iaitu Encik Muhamed Sanari bin Ali dan wakil warga kerja PPAT iaitu Cik Khomzah binti Sheik Ahmad, Pustakawan Kanan.

 

  Sedikit maklumat atau biodata mengenai Dato’ Pengarah. Yang Berbahagia Dato’ Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah adalah anak kelahiran Kampung Kesom, Manir, Kuala Terengganu yang dilahirkan pada tanggal 1 Disember 1956. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kesom, Kuala Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong, Hulu Terengganu serta Sekolah Menengah Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Beliau seterusnya memasuki Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dan kemudian menyambung pengajian di luar Negara iaitu di Chelsea College, University of London, England. Beliau adalah merupakan graduan B.Sc (Hons), University of London, United Kingdom. Y.Bbhg. Dato’ mula dilantik dalam perkhidmatan awam pada 2 Jun 1981 dan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Bahagian Protokol). Kemudian beliau ditempatkan di pelbagai jabatan sehinggalah pada tanggal 1 Disember 2005 beliau dilantik sebagai Pengarah di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sehingga sekarang.

 

  Sejak beliau mentadbir PPAT, banyak perubahan telah dibuat dan pelbagai kejayaan telah dicapai antaranya persijilan MS ISO 9001: 2008, Quality Environment (5S), penarafan 5 bintang untuk audit Indeks Akauntabiliti (IA) dan juga penarafan 5 bintang untuk laman sesawang rasmi PPAT. Beliau merupakan seorang Pengarah yang berjiwa besar dan bercita-cita tinggi. Beliau sangat disenangi serta dihormati oleh semua warga kerja PPAT atas dasar kredibiliti dan kualiti kepimpinan dalam menerajui organisasi serta kejayaan meletakkan PPAT pada satu tahap pencapaian yang sangat membanggakan. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Jabatan pada tahun 1991, 1993, 1999 dan 2007. Pada tahun 2015, beliau telah dipilih sebagai penerima APC Peringkat Negeri Terengganu. Setelah 36 tahun mengerah keringat mencurah bakti, akhirnya beliau menamatkan sebuah perjalanan yang panjang dalam perkhidmatan awam dengan persaraan wajib pada 1 Disember 2016 pada usia 60 tahun.

Last modified on Selasa, 21 Mac 2017 15:26
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini