KUALA TERENGGANU, 17 Mei 2025 – PPAT telah mengadakan Pertandingan Mewarna sempena Kempen Kesedaran Obesiti Peringkat HSNZ 2025 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Pertandingan Mewarna ini diadakan bagi memeriahkan Pertandingan Fun Run dan Fun Walk anjuran JKNT tersebut. Pertandingan diadakan bagi 3 kategori iaitu Prasekolah, Tahap I dan Tahap II.
Selain pertandingan mewarna, PPAT turut mengadakan pameran perkhidmatan dan pendaftaran keahlian serta jualan buku terbitan PPAT. Kempen Kesedaran Obesiti ini dirasmikan oleh Dato’ Dr. Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu.




