Sabtu, 23 Ogos 2025 - Perpustakaan Awam Daerah Dungun dengan kerjasama JPKK Tembesu Akar, JPKK Alur Tembesu, JPKK Sura Gate dan JPKK Teluk Lipat telah berjaya menganjurkan Merdeka Fun Walk bersempena Program Semarak Ambang Merdeka 2025 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Acara pelepasan Merdeka Fun Walk 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin bin Haji Tengku Muhammad Fauzi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura.
Seramai lebih 300 peserta mengambil bahagian dalam acara fun walk sejauh 3.5km, sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat patriotisme dan berpakaian mengikut tema kemerdekaan Malaysia. Terima kasih kepada semua peserta yang telah bersama-sama memeriahkan program ini. Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam diri kita semua.