KEPUTRA Rangkul Naib Johan

Kota Kinabalu, 9 Ogos 2025 - Seramai tujuh orang kakitangan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah terlibat dalam Pameran dan Pertandingan Books on Broadway sempena program Night@Library bersempena Minggu Perpustakaan 2025 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negeri Sabah pada 9 ogos 2025. Program ini bertujuan memberikan ruang kepada perpustakaan mempamerkan kreativiti dalam mempromosikan koleksi, perkhidmatan dan bahan bacaan melalui pendekatan persembahan visual serta dramatik berasaskan buku-buku terpilih.
Dalam kategori Pertandingan Lakonan Muzikal, PPAT telah mempersembahkan naskhah berjudul “Lubuk Mati Bertiga” yang dilakonkan oleh empat orang kakitangan terpilih daripada Kelab KEPUTRA (Kelab Kesenian Perpustakaan Awam Terengganu) Penyertaan ini merupakan salah satu usaha mencungkil bakat dalaman warga PPAT di samping mengangkat elemen cerita rakyat dalam bentuk seni persembahan. Alhamdulillah, PPAT telah berjaya meraih Naib Johan dalam pertandingan tersebut.
Sementara itu, bagi segmen pameran PPAT telah mengetengahkan pelbagai pengisian termasuk pameran perkhidmatan perpustakaan, jualan buku, aktiviti galakan penggunaan perpustakaan serta jualan produk tempatan seperti batik.
Diharapkan pencapaian ini akan menjadi pemangkin semangat untuk terus melibatkan diri dalam program-program seumpama ini pada masa hadapan, sekali gus mengangkat nama PPAT ke peringkat yang lebih tinggi.
 
teater sabah1
 
teater sabah2
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO