The Avenue Pop-up Fest : Edisi Secangkir Cerita

avenue5
 
31 Julai 2025 | Khamis — Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah dijemput bersama-sama menyertai program 'The Avenue Pop-up Fest: Edisi Secangkir Cerita' yang dianjurkan oleh KMI Kuala Terengganu Medical Centre.

Penyertaan PPAT dalam program ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat umum serta menggalakkan budaya membaca dalam suasana santai dan mesra komuniti serta memperluaskan akses kepada bahan bacaan dan maklumat kepada masyarakat dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui penyertaan ini, pihak perpustakaan telah mengadakan pameran perkhidmatan seperti Pendaftaran Keahlian, Pameran dan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak serta Kuiz & aktiviti interaktif bersama pengunjung.
PPAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan menyokong booth kami! Kehadiran dan sokongan anda menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam usaha memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan masyarakat serta memperkasa peranan perpustakaan sebagai pemangkin perpaduan melalui pengisian ilmiah, kebudayaan, kesukarelawan dan kemasyarakatan.
 
 
avenue5
avenue5
avenue5
avenue5
More in this category: « Kukuhkan Azam Bersama
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO