Alur lImbat, 26 Julai 2025 (Sabtu) - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah dijemput bersama-sama menyertai Program Tekad Komuniti, Semarak Perpaduan 2025 peringkat Perpustakaan Desa PNM Terengganu 2025 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang telah berlangsung di Dataran Kg. Alor Limbat, Marang.
Majlis telah dirasmikan penutup oleh YBhg. Encik Azmi bin Aziz, Pengarah Prasarana Ilmu dan Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh PPAT bagi memeriahkan program seperti Pameran Perkhidmatan Perpustakaan & u-Pustaka,Pameran dan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak, Diskaun istimewa 40% untuk pembelian buku baharu terbitan PPAT, Kuiz dan aktiviti interaktif bersama pengunjung.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah ke reruai kami. Kehadiran dan sokongan anda menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam usaha memperkukuh perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia serta memperkasa peranan perpustakaan sebagai pemangkin perpaduan melalui pengisian ilmiah, kebudayaan, kesukarelawan dan kemasyarakatan.
Berita oleh : Bahagian Rangkaian Perpustakaan
Foto oleh : Unit Media PPAT