Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan pada 6 Mac 2014. Seramai 51 orang pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman bersama 5 orang guru pengiring telah menyertai kursus tersebut. Peserta didedahkan dengan maklumat dan latihan supaya lebih berpengetahuan dan berkemahiran berkaitan dengan pengurusan pengendalian perpustakaan.