Kursus Pemantapan Pusat Sumber Sekolah
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Hulu Terengganu dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pusat Sumber Sekolah pada 7 April 2014 yang lalu. Kursus ini telah melibatkan 25 orang pelajar dan lima orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu. Pada kursus ini juga, Mr. Joshua Gill daripada Brighton Education Group dibawah seliaan Jabatan Pelajaran Negeri turut berkongsi pengalaman berkaitan dengan pengurusan sesebuah perpustakaan.