Aktiviti Cuti Pertengahan Penggal Persekolahan 2014
Sepanjang musim cuti pertengahan penggal persekolahan pada 22–29 Mac 2014 yang lalu, pihak PPAT telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk pengguna serta pengunjung perpustakaan. Di antara aktiviti yang diadakan adalah seperti Pertandingan Reka Cipta Logo Kelab Kitar Semula, Pertandingan Dam Ular Gergasi Berpasangan, Seminar Belajar Tanpa Stress bersama Cikgu Razali, Pertandingan Congkak, Persembahan Badut Si Mamat, Pertandingan Mencandat Sotong, dan Pertandingan Mewarna bagi tahap 1 dan tahap 2.