Kem Motivasi Skor A UPSR
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan Kem Motivasi Skor A bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR pada 18 Januari 2014. Seramai 94 orang peserta telah terlibat di dalam kem motivasi berkenaan. Fasilitator yang mengendalikan kem tersebut adalah Cikgu Kamarudin bin Kasim dan Cikgu Irman Shah bin Azhar daripada Saujana Motivasi Enterprise.