Senarai Aplikasi Atas Talian
Panduan Pengunaan Katalog Atas Talian (OPAC)
Menerusi Perkhidmatan ini, tuan/puan boleh:
Membuat pencarian bahan melalui katalog atas talian dengan menggunakan 4 kaedah pencarian ; yang mudah seperti:
- Pencarian (Browse Search)
- Katakunci (Keyword Search)
- KataKunci Kepala (Heading Keyword Search)
- Carian Pantas (Quick Search).
Pencarian / Pengesanan bahan di dalam koleksi perpustakaan melalui punca akses berikut:
- Pengarang (Author)
- Judul (Title)
- Subjek (Subject)
Menggunakan Akses Pengguna (Patron Access) untuk:
- Menyemak maklumat akaun (pinjaman/pemulangan/denda) Tuan / Puan.
- Membuat tempahan bahan (request) yang telah dipinjamkan kepada pengguna lain sebanyak 2 naskhah. Tempahan yang berjaya diberi tempoh 3 hari untuk datang mengambilnya di perpustakaan. Status tempahan bahan akan dimaklumkan di dalam maklumat akaun Tuan/Puan.
- Membuat pembaharuan pinjaman sekiranya bahan tersebut belum ditempah oleh pengguna lain.
Langkah Penggunaan Akses Pengguna (Patron Access):
- Masukkan Patron ID (ID Pengguna) Tuan/Puan di dalam petak yang disediakan.
- Masukkan kata laluan (password) yang disediakan oleh PANT iaitu ppat123.
- Menukar katalaluan tersebut kepada katalaluan baru dengan klik pada “Semak Maklumat Pengguna”.
Contoh penggunaan Akses Pengguna:
ID Pengguna (Patron ID) : 2001234567 atau No Kad Pengenalan ( tanpa - )
Kata Laluan (Password) : ppat123 (yang disediakan oleh PANT)
PERHATIAN
Untuk mengunakan SISTEM KATALOG ATAS TALIAN INI .pastikan firewall anda membenarkan akses pada port 2525 jika tidak sistem ini tidak akan dapat di akses ,sila hubung sistem administrator tempat anda jika anda menghadapi masalah akses Sekian Terima Kasih
Sila Klik pada Butang di bawah untuk meneruskan