dan memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai penerapan nilai-nilai integriti dalam perkhidmatan. Selain daripada itu, ceramah ini juga turut memperkatakan tentang jenis-jenis rasuah atau suapan yang berhubungkait dengan tugas-tugas rasmi seorang penjawat awam dan juga saluran-saluran yang tepat bagi melaporkan salahlaku ini.
PROGRAM CERAMAH DAN IKRAR INTEGRITI
PPAT dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan satu program ceramah dan ikrar integriti pada 2 Jun 2016 yang lalu. Ceramah mengenai Polisi Tanpa Hadiah dan ‘Whistle-blowing’ ini telah disampaikan oleh Puan Hidayah Binti Mat Nor dari bahagian pendidikan masyarakat, SPRM. Objektif penganjuran ceramah ini adalah untuk menyampaikan informasi yang lebih terperinci