Kunjungan hormat dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu yang di ketuai oleh Pengerusi PPAT, Y.B Ustaz Haji Redzuan bin Hashim, Pengarah Lembaga Muzium Terengganu bersama Pengarah PPAT dan para pegawai ke Pejabat Y.B Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakari, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Pertemuan selama 1jam turut membincangkan perkembangan dan hala tuju Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bagi menjadi sebuah perpustakaan yang unggul di Malaysia disamping dapat melahirkan masyarakat yang berilmu.
Selain itu, pertemuan ini juga menjadi medan untuk bertukar-tukar pandangan dan kerjasama yang boleh dijalinkan bagi mencapai matlamat tersebut.
Kudua-dua pihak turut bertukar cenderahati kenang-kenangan dalam pertemuan kali ini.