7 Februari 2024, Rabu - Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) dengan kerjasama PPAT dan Intstitut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail (IPGKDRI) telah mengadakan program Borak Orang Timur 2024 - Cerita Rakyat Kuala Berang : Lubuk Mati Bertiga di Dewan Teater, PPAT bagi mengupas dan mencungkil sejarah Lubuk Mati Bertiga tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Ariza Che Ismail, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.
Sejarah Lubuk Mati Bertiga ini telah dikaji, dikupas dan dibicarakan oleh 3 orang pensyarah dari IPGKDRI iaitu Dr Muhammad Irfan Nyia Abdullah, En. Bahtiar Omar dan Dr. Ruhaiza Padzil. Program ini telah diserikan dengan demonstrasi silat oleh Persatuan Helang dan persembahan syair, nyanyian serta teater berkaitan Kisah Lubuk Mati Bertiga ini dari Pelajar IPGKDRI.
Hasil dokumentasi kajian Kisah Lubuk Mati Bertiga ini juga telah di serahkan kepada PPAT dan akan diletakkan di Koleksi Terengganu untuk rujukan pengguna yang lain.
#ppaterengganu
#aktivitibppm
#aktivitippat