Kuatkan Saf, Tingkatkan Komitmen, Serah Urusan Kepada Allah

solathajatppat 7
 
KUALA TERENGGANU, 22 Mei 2025 – Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menganjurkan Majlis Solat Hajat, Tahlil dan Doa Munajat sebagai usaha memperkukuhkan kekuatan rohani dan perpaduan dalam kalangan warganya. Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, PPAT ini merupakan inisiatif jabatan yang dikelolakan oleh Biro Kebajikan & Agama, Kelab Sukan PPAT (PERPAT).
Majlis dimulakan dengan solat hajat secara berjemaah, diikuti dengan bacaan doa munajat memohon kelancaran segala urusan perancangan dan gerak kerja PPAT, serta memperteguh kesatuan saf dan iltizam dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Majlis yang dipimpin oleh Imam En. Shafie Wahab turut menzahirkan solidariti bersama umat Islam di seluruh dunia apabila doa khusus dibacakan untuk saudara-saudara kita di Palestin yang kini berhadapan dengan penindasan rejim Zi*nis Isr*el. Para peserta majlis bersatu hati memohon agar mereka diberikan kekuatan, ketabahan serta kemenangan oleh Allah SWT.
Dalam suasana penuh keinsafan, turut diadakan bacaan tahlil yang dihadiahkan kepada warga PPAT yang telah meninggal dunia, khususnya Allahyarhamah Puan Zuliana binti Jusoh, serta semua bekas kakitangan yang telah kembali ke rahmatullah. Doa dipanjatkan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Pengarah PPAT, Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, dalam ucapan ringkas beliau menyeru seluruh warga kerja untuk terus mengekalkan nilai kesatuan dan ketekunan dalam bekerja, selari dengan usaha memperkukuh jati diri organisasi.
“Majlis sebegini menjadi ruang untuk kita bermuhasabah dan memperbaharui niat. Saya berharap semua warga PPAT akan terus memberi komitmen yang tinggi dalam tugas, bekerja dengan ikhlas dan saling memperkukuh sesama rakan sekerja,” ujar beliau.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada pendekatan menyeluruh PPAT dalam pembangunan nilai spiritual dan kebajikan kakitangan, seiring dengan matlamat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan berteraskan nilai-nilai Islam.
solathajatppat 7
solathajatppat 7
solathajatppat 7
solathajatppat 7
solathajatppat 7
solathajatppat 7
 
 
 
Berita dan Gambar oleh : Unit Perancangan Pembangunan & Korporat, Unit Media PPAT
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO