LIBFest PPAT x PNM 2026 Disambut Meriah

Majjlis perasmian program LIBFest PPAT x PNM 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Amal, Perpustakaan Awam Daerah Marang.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, YBrs. Tuan Haji Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood pada hari Ahad, 1 November 2026 jam 11.00 pagi. Hadir sama Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Puan Farah Izzati binti Ismail, Pustakawan Politeknik Kuala Terengganu yang mewakili Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Kehadiran YBrs. Yang Dipertua Majlis Daerah Marang menyerikan lagi suasana program serta memperkukuhkan lagi sokongan padu terhadap usaha memperkasakan budaya membaca dan literasi digital dalam kalangan komuniti setempat.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood kerana sudi meluangkan masa merasmikan program ini serta kepada semua tetamu kehormat, agensi, dan pengunjung yang hadir memeriahkan majlis.

Turut diadakah program Bicara Buku Surah An-Nur pada jam 9.00 pagi hari yang sama. Sesi perkongsian oleh YBhg. Puan Nafisah binti Md Tahir membawa para peserta menyelami pengajaran, nilai dan panduan kehidupan yang terkandung dalam Surah Al-Nur.

Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang 2 hari festival berlangsung seperti Funwalk, Pertandingan Mobile Legend, Learn A Language A Day, Jejak Maklumat dan sukaneka.

libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
libfest0
 
 
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO