mengembangkan pergerakan keamanan dengan berkesan di Malaysia dan dunia amnya. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Presiden GWPN Malaysia, YB Senator Datuk Doris Sophia Brodie, Timbalan Presiden Universal Peace Federation Malaysia, En. Sudesh Balasubramaniam serta Presiden Women’s Federation for World Peace, Y. Bhg. Prof. Emeritus Datin Dr. Rahmah Bujang. Kesemua tetamu kehormat ini telah berkesempatan menyampaikan ucapan masing-masing mengenai Prinsip Keamanan serta Peranan Wanita Dalam Membina Keamanan.
KONVENSYEN CINTA KEAMANAN 2015/2016 PEMBANGUNAN WARGANEGARA MELALUI BUDAYA HATI BUDI
Bertempat di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PANT), satu program yang dinamakan Konvensyen Cinta Keamanan anjuran bersama Global Women’s Peace Network (GWPN) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah diadakan pada 6 Mac 2016. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Y.A. Bhg. To’ Puan Seri Hajah Halina binti Zakaria, isteri kepada YAB Menteri Besar Terengganu. Antara objektif konvensyen ini diadakan adalah untuk mengukuh dan merangsang kerjasama antara organisasi yang dianggotai oleh kaum wanita tanpa mengira batas politik , bangsa, budaya dan agama serta mengisi keperluan pergerakan bagi membantu wanita