MAJLIS PERJUMPAAN WARGA KERJA PPAT 2016

PPAT telah membuka tirai tahun baharu 2016 dengan mengadakan Majlis Perjumpaan Warga Kerja PPAT 2016 pada 07 Januari 2016 yang bertempat di Dewan Teater PPAT. Majlis yang menghimpunkan semua warga kerja PPAT ini turut dihadiri oleh Penyelia-Penyelia Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja PPAT.

Sebelum majlis bermula, semua warga kerja PPAT berkesempatan menjalani satu sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Klinik Kesihatan Manir Kuala Terengganu bertempat di ruang lobi PANT. Tujuan pemeriksaan ini adalah bagi memastikan semua warga kerja PPAT berada dalam keadaan sihat disamping dapat memotivasikan diri untuk peningkatan prestasi kerja yang lebih baik pada tahun 2016 ini.

Majlis dimulakan dengan penyampaian amanat daripada Pengarah PPAT, Dato’ Hajah Nor Akmal Binti Abdul Fatah dan disusuli taklimat oleh semua Ketua-Ketua bahagian dan Ketua-Ketua unit di PPAT. Penyampaian taklimat ini antara lain membincangkan mengenai skop-skop kerja bagi setiap bahagian dan unit serta pencerahan secara mendalam bagi setiap isu-isu berbangkit pada tahun-tahun sebelumnya.

Majlis turut diserikan dengan penganugerahan Pekerja Terbaik dan Senyum Sokmo bagi sukutahun keempat 2015 kepada Encik Zakaria Bin Abu Bakar yang telah disempurnakan oleh Pengarah PPAT.Sebelum majlis bersurai, satu sesi soal jawab telah diadakan bagi membincangkan tentang permasalahan yang timbul dan cadangan penambahbaikan kepada perkhidmatan oleh warga kerja PPAT.

Last modified on Selasa, 06 September 2016 16:17
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini