Majlis Pelancaran Program Nilam, Jom Derma Buku dan TV Al-Maniri Sekolah Kebangsaan Manir

Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM merupakan salah satu cabang atau adunan bagi semua aktiviti galakan membaca di semua sekolah sama ada rendah atau menengah. Program ini telah dilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak sekian lama bagi menjadikan amalan pembacaan sebagai satu budaya atau habit tanpa mengira usia.

Berlangsung di Sekolah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu pada 19 Februari 2017 yang lalu, satu Majlis Pelancaran Program Nilam, Jom Derma Buku dan TV Al-Maniri peringkat sekolah telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Mohamad Zainal bin Mohd Hassan, Penolong Pustakawan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, mewakili Ketua Bahagian Rangkaian Perpustakaan. Objektif program tiga dalam satu yang dilancarkan ini adalah ingin menjadikan murid banyak membaca serta menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Program ini turut dihadiri oleh wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu iaitu Ustaz Ahmad Fisol bin Ahmad. Selain daripada pelancaran program NILAM, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Manir iaitu Encik Mat Zaki bin Embong turut melancarkan kempen 1 Murid 1 Buku bagi mewujudkan suasana pembacaan dikalangan murid sekolah sebagai rakan kedua.

nilam2017

Last modified on Khamis, 01 Jun 2017 09:13
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini