Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60 selari dengan tema tahun ini NEGARAKU SEHATI SEJIWA, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan satu program iaitu ‘Jejak Legasi Kemerdekaan 2017’ anjuran bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Cawangan Hulu Terengganu. Program ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan negara dan semangat patriotik serta menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu mempertahankan tanah air.
Selain itu, program ini juga mengajak generasi baru untuk duduk dan menghayati kisah-kisah perjuangan dalam satu ruang bicara bertajuk ‘Bicara Pahlawan’. Dikendalikan oleh Persatuan Veteran ATM serta tokoh-tokoh terpilih dari kalangan ‘Home Guard’, Komando dan Parajurit, ruang bicara ini memberi kesempatan kepada mereka untuk menceritakan semula detik-detik getir perjuangan mereka dalam misi mempertahankan tanah air.
Program ini juga diteruskan lagi dengan bacaan sajak yang bertajuk ‘Parajurit Tanah Air’ oleh Puan Mahani bin Sulong serta ‘Perarakan Jalur Gemilang’ yang disertai oleh pelajar sekolah menengah di sekitar Kuala Berang.
Deruman perarakan Kembara Merdeka juga telah mengegarkan Dataran Majlis Daerah Kuala Berang yang disertai oleh 100 buah kenderaan bermotor dengan jumlah peserta seramai 700 orang.
Program ini berakhir dengan harapan tidak lain tidak bukan adalah untuk kita terus bersatu untuk menjaga keharmonian negara ini agar tidak terjajah dengan agenda dan anasir-anasir luar yang boleh meruntuhkan keharmonian negara yang telah kita kecapi selama ini.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-60. Negaraku Sehati Sejiwa.
Ahli panel yang terlibat ialah ;
Dirasmikan Oleh : Encik Mohd Rashdan Bin Muda ( Ketua Penolong Pegawai Daerah)
Moderator : Encik Mohamad Bin Daud
Ahli Panel : 1) Ismail Ali – Bekas Home Guard
2) Mohammad Bin Junoh – Bekas Anggota Rejimen Renjer DiRaja
3) En. Azanan Bin Hassan – Bekas Komando
( Beliau berjaya menyusup masuk dalam kem penganas komunis dan bertempur)
4) Abdul Majid Bin Sulaiman – Ahli Persatuan Veteran ATM