Seminar yang dianjurkan dibawah Program Empower ECER ini telah berjaya dilaksanakan pada 3 Februari 2018 yang lepas dan dirasmikan oleh En. Ahmad Bukhari Abdul Rahman, ADO Daerah Dungun yang mewakili YB Hj Rosle Daud. Program ini telah berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Dungun.
Perpustakaan Awam Daerah Dungun turut terlibat dan telah membuka pendaftaran keahlian dan Peraduan Teka Mukasurat buku. Terima kasih kepada semua pengunjung dan tahniah kepada pemenang yang berjaya.