Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan kepada para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu Kemaman. Seramai 40 pengawas pusat sumber sekolah dan 2 orang guru telah menyertai kursus tersebut. Peserta telah diberikan penerangan 3 modul yang berkaitan pengenalan kepada perpustakaan, pengkatalogan dan latihan. Program ini mendapat sambutan yang baik dan diharapkan akan dapat menjadi input berguna kepada para peserta.