IFLA WLIC 2018 KUALA LUMPUR

FLA International Federation of Library Associations and Institutions(Persekutuan Antarabangsa Persatuan Institusi Perpustakaan) adalah merupakan badan antarabangsa terkemuka yang mewakili perpustakaan, perkhidmatan maklumat, persatuan perpustakaan dan pengguna perpustakaan di seluruh dunia. Ia adalah suara global yang mewakili lebih 500,000 pustakawan dan profesional maklumat dengan lebih 1,400 ahli di hampir 150 negara di dunia. Badan bukan kerajaan ini memperjuangkan kepentingan akses sejagat dan saksama kepada maklumat sebagai satu cara untuk mempromosikan kesejahteraan sosial, pendidikan, budaya, demokratik dan ekonomi dan mempunyai misi untuk mempromosikan piawaian yang tinggi dalam penyediaan dan penyampaian perpustakaan dan perkhidmatan maklumat di seluruh dunia.

WLIC World Library and Information Congress (Kongres SeDunia Perpustakaan dan Maklumat) adalah merupakan persidangan tahunan anjuran IFLA pada setiap bulan Ogos, yang membincangkan bidang kepustakawanan  dan maklumat di peringkat antarabangsa. Peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, sebagai perkongsian dan kaloborasi di peringkat  antarabangsa dengan 3,000 ke 4,000 peserta daripada lebih 140 buah negara.

Kongres ini dianjurkan oleh IFLA, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya dan Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (My CEB).

Peluang menganjurkan  IFLA WLIC adalah bukan mudah untuk diperolehi kerana ini adalah penganjuran kali ke 84.  Malaysia ialah negara ketiga di kalangan negara anggota  ASEAN  yang menjadi hos IFLA WLIC selepas Thailand pada tahun 1999 dan Singapura pada tahun 2013. Merupakan negara kelima di Asia setelah China, Thailand, Korea Selatan dan Singapura.

https://www.ifla.org/

Sumber: https://beritappm.wordpress.com/2018/08/17/informasi-iflawlic2018

Last modified on Jumaat, 11 Januari 2019 02:43
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini