The Children’s English Corner PAD Hulu Terengganu

Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Program ‘The Children’s English Corner’  pada 31 Mac 2018. Program ini diadakan adalah dalam usaha membudayakan tabiat membaca secara berterusan  di Perpustakaan serta meningkatkan pengetahuan dwibahasa terutama di dalam Bahasa Inggeris. Pengunjung dan peserta terlebih dahulu didedahkan dengan penerangan berkaitan dengan sumber bahan bacaan dan perkhidmatan di Perpustakaan Awam Daerah. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Jalaluddin Bin Ismail selaku Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.

Program ini telah dikendalikan oleh tiga (3) orang Guru dari luar negara iaitu “English Teaching Assistant’s’ (ETA’s) yang sedang berkhidmat  di Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu dan telah disertai seramai 115 orang yang terdiri dari kanak-kanak dan dewasa.

Pengisian program dimulakan  dengan penerangan  mengenai sumber bahan perpustakaan, perkhidmatan dan  aktiviti yang terdapat di Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu. Sesi bercerita yang bertajuk ‘Goodnight Moon’ dan lukisan berkaitan penceritaan telah disertai oleh setiap peserta bagi pemahaman mereka.

Selain itu, beberapa aktiviti  turut diadakan iaitu kuiz spontan, pengunjung bertuah, pengunjung aktif, teka muka surat buku, pinjaman buku terbanyak dan penyampaian bacathon keluarga sepanjang cuti persekolahan minggu pertama.

galeri5

galeri2

galeri4

Last modified on Selasa, 21 Ogos 2018 12:35
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini