Arkib Berita 2025 (42)

Selasa, 07 Oktober 2025 13:19

Bengkel Pelan Strategik PPAT 2026-2030

Written by
AYER KEROH: Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik PPAT 2026-2030 di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka sebagai usaha merangka hala tuju jangka panjang organisasi bagi tempoh (5) lima tahun akan datang. Penganjuran bengkel ini merupakan langkah proaktif PPAT dalam memastikan penyusunan Dasar, perancangan program dan pelaksanaan inisiatif perpustakaan selaras dengan aspirasi negeri serta agenda pembangunan negara.
Bengkel ini telah dipengerusikan oleh YB. Ustaz Ridzuan bin Hashim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu melibatkan semua Ketua Bahagian/Unit, Penolong Pustakawan serta wakil bahagian/unit strategik PPAT yang bersama-sama terlibat dalam proses merangka visi, misi, nilai teras dan sasaran utama organisasi. Melalui pendekatan perbincangan kumpulan, pembentangan idea serta perkongsian pandangan, bengkel ini telah menghasilkan input yang komprehensif dalam aspek pembangunan koleksi, transformasi digital, inovasi perkhidmatan, literasi maklumat dan pengukuhan jaringan kerjasama komuniti.
Selain itu, bengkel ini turut memberi tumpuan kepada strategi memperkukuh peranan perpustakaan awam sebagai pusat ilmu yang inklusif, mesra komuniti dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran era digital. Ia juga menjadi platform penting dalam memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan, menambah baik kecekapan operasi serta memastikan PPAT terus relevan dalam mendokong pembangunan modal insan negeri Terengganu.
Penganjuran Bengkel Pelan Strategik PPAT 2026-2030 ini diharap dapat melahirkan hala tuju yang jelas, realistik dan berimpak tinggi untuk tempoh lima tahun mendatang, sekaligus memperkukuh kedudukan PPAT sebagai institusi perpustakaan awam yang mampan, inovatif dan berperanan penting dalam pembangunan masyarakat berilmu.
 
bpsmelaka8
bpsmelaka8
bpsmelaka8
bpsmelaka8
bpsmelaka8
bpsmelaka8
bpsmelaka8
bpsmelaka8
bpsmelaka8
Selasa, 07 Oktober 2025 13:11

Kunjungan Hormat PPAT ke PERPUSTAM

Written by

MELAKA: Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan kunjung hormat ke Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM) bersempena pelaksanaan Bengkel Pelan Strategik PPAT 2026 - 2030. Lawatan rasmi ini merupakan manifestasi komitmen PPAT dalam memperkukuh hubungan strategik serta memperluas jaringan kolaborasi dengan institusi Perpustakaan Awam di peringkat Nasional.


Delegasi PPAT diketuai Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT telah disambut oleh barisan pengurusan tertinggi PERPUSTAM Encik Izhuan Ikhwan bin Ibrahim, Pegawai Tadbir PERPUSTAM dan Pustakawan mewakili Pengarah PERPUSTAM. Pertemuan dua hala ini telah membuka ruang perbincangan yang konstruktif merangkumi perkongsian pengalaman, amalan terbaik serta strategi pembangunan perkhidmatan perpustakaan, khususnya dalam aspek transformasi digital, pengurusan koleksi, inovasi perkhidmatan dan pengukuhan literasi maklumat.


Kunjung hormat ini juga telah memberi nilai tambah yang signifikan kepada penganjuran Bengkel Pelan Strategik PPAT 2026-2030 dengan memberikan perspektif baharu yang boleh diadaptasi dalam penyusunan strategi jangka panjang organisasi. Ia sejajar dengan aspirasi PPAT untuk memperkukuh kedudukan sebagai pusat ilmu yang relevan, berdaya saing serta menyumbang secara langsung kepada pembangunan modal insan Negeri Terengganu.
Selain itu, kunjungan ini turut menjadi platform untuk meneroka peluang kerjasama dalam pelaksanaan program bersama, inisiatif penyelidikan serta projek inovasi yang berimpak tinggi kepada masyarakat. Kerjasama strategik seumpama ini diyakini mampu memperkukuh peranan perpustakaan awam sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang inklusif dan mampan.


Secara keseluruhannya, kunjung hormat ini berjaya mengukuhkan jalinan hubungan antara PPAT dan PERPUSTAM serta menandakan komitmen berterusan PPAT dalam usaha merealisasikan agenda pembangunan ilmu yang selaras dengan aspirasi negeri dan Negara.

 

Perpustam1

Perpustam1

Perpustam1

Perpustam1

Perpustam1

Perpustam1

Perpustam1

Perpustam1

Perpustam1

Perpustam1

Selasa, 07 Oktober 2025 13:08

Program Kembara Majalah Dalam Kelas (MDK) Meriah

Written by

KUALA NERUS: Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Program Kembara Majalah Dalam Kelas (MDK) sempena Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Al-Fateh, MRSM Kuala Terengganu.
Program yang dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Terengganu, Encik Mohd Farris bin Radzuan ini bukan sahaja mengetengahkan isu semasa dalam kalangan pelajar sekolah iaitu ‘Buli’ bahkan turut menyuntik pentingnya budaya membaca pada generasi di zaman modernisasi kini.
Melalui program ini juga PPAT bersama agensi lain turut menyumbang bahan bacaan kepada enam (6) sekolah terpilih di sekitar Kuala Terengganu iaitu MRSM Kuala Terengganu, SK Kompleks Tembesu, SMK Kompleks Mengabang Telipot, SRIDI Bandar, SRIDI Buluh Gading dan SMIDI Kuala Nerus.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) selaku rakan strategik telah dijemput bagi mengadakan pameran perkhidmatan seperti :-
• Pendaftaran Keahlian
• Perkhidmatan Perpustakaan PPAT & u-Pustaka
• Jualan Buku Terbitan PPAT
• Kuiz Perkhidmatan
Terima kasih kepada semua yang singgah ke pameran kami! Kehadiran dan sokongan anda menyemarakkan lagi semangat budaya membaca sepanjang hayat.
Sumber Berita : BPPM
Sumber Gambar : BPPM & DBP

 

dekadmembaca1

dekadmembaca1

dekadmembaca1

dekadmembaca1

Isnin, 29 September 2025 08:48

PPAT Sertai Pahang Book Run 2025

Written by

Kuala Terengganu | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan satu taklimat khas kepada para peserta yang akan menyertai Pahang Book Run 2025 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 5 Oktober 2025. Seramai 25 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan akan mengambil bahagian dalam larian santai sejauh 5KM ini. Taklimat ini diadakan bagi memberikan penerangan awal serta maklumat penting berkaitan program, sekali gus membantu peserta membuat persediaan sebelum acara berlangsung.

Selamat berjuang wira & wirawati PPAT.

pahang

pahang

pahang

pahang

 

Isnin, 29 September 2025 08:45

PPAT Menuju Penubuhan Koperasi

Written by

22 September 2025, Isnin - Satu taklimat berkaitan penubuhan koperasi telah diadakan dan disampaikan oleh Encik Ruhaifi bin Namrun serta Puan Wan Raiha Azmi binti Wan Embong daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu.
Taklimat ini memberi pendedahan mengenai prosedur dan langkah-langkah utama untuk menubuhkan sesebuah koperasi. Antara perkara yang disentuh termasuklah syarat-syarat penubuhan, proses pendaftaran, peranan jawatankuasa penaja, serta dokumen yang perlu disediakan.


Selain itu, taklimat juga menekankan tentang kepentingan dan manfaat koperasi, antaranya membantu meningkatkan kesejahteraan ekonomi ahli, memberi peluang perniagaan yang lebih teratur, mewujudkan semangat kerjasama dalam komuniti, serta berfungsi sebagai platform menjana pendapatan bersama.


Taklimat ini bukan sahaja menambahkan pengetahuan peserta tentang selok-belok penubuhan koperasi, malah turut membuka ruang kesedaran tentang potensi koperasi dalam memperkukuhkan ekonomi ahlinya.
Semoga urusan penubuhan koperasi PPAT berjalan dengan lancar, InshaAllah.

 

koperasippat

koperasippat

koperasippat

koperasippat

koperasippat

koperasippat

Isnin, 29 September 2025 08:39

KUNJUNGAN HORMAT PPAT KE MAIDAM

Written by

22 September 2025 | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai sebahagian daripada agenda memperkukuh jaringan strategik antara institusi negeri.


Kunjungan ini telah disambut oleh YBhg. Dato’ Profesor Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM bagi membincangkan potensi kerjasama dalam bidang pembangunan ilmu, pembudayaan membaca dan penyelidikan berasaskan nilai Islam serta warisan Melayu-Islam. Langkah ini seiring dengan aspirasi PPAT untuk terus memperluas capaian ilmu pengetahuan kepada masyarakat, khususnya dalam bidang keagamaan dan pembangunan komuniti.


Kunjungan ini turut membuka ruang bagi kedua-dua pihak untuk meneroka sinergi strategik dalam pelaksanaan program pembangunan modal insan, pendidikan sepanjang hayat, serta pengurusan sumber maklumat yang lebih inklusif.
Melalui jalinan kerjasama erat bersama MAIDAM, PPAT optimis dapat mengukuhkan ekosistem ilmu di negeri Terengganu, sekaligus menyokong agenda kerajaan negeri dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, berakhlak mulia dan berdaya saing.

 

maidam

maidam

maidam

maidam

maidam

maidam

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) tampil dengan reruai Eksplorasi Digital @PPAT sempena Pesta Buku SMO Bookstores yang berlangsung di KTCC Mall, Kuala Terengganu mulai 29 Ogos hingga 6 September 2025.
Reruai Eksplorasi Digital @PPAT mengetengahkan perubahan landskap dunia ilmu dalam era teknologi. Pelbagai aktiviti dan bahan digital diperkenalkan kepada pengunjung bagi memupuk minat membaca secara lebih interaktif dan moden.
Antara pengisian utama yang menanti pengunjung ialah:
• Kaunter Perkhidmatan PPAT: maklumat terkini mengenai perkhidmatan perpustakaan dan pendaftaran keahlian secara atas talian.
• Kaunter U-Pustaka
• Kaunter Pusat Bahasa Terengganu: promosi program bahasa yang disediakan.
• Aktiviti Realiti Maya & Permainan Digital:
o VR Pico, X-Box, Boxing & Soccer Robot
o 3D-AR Four Season Tree@live
o 3D-AR Wall@live
o 3D-AR Colour Mat@live
• Koleksi Buku AR & Re@Re: pengalaman membaca melalui integrasi teknologi
• Permainan Interaktif: Smart Four, OSMO dan Tic Tac Toe
Pengunjung bukan sahaja berpeluang mengenali pelbagai perkhidmatan PPAT, malah dapat merasai pengalaman dunia digital yang menyeronokkan serta mendidik, seiring dengan hasrat perpustakaan untuk melahirkan masyarakat celik teknologi dan berbudaya ilmu.
Reruai Eksplorasi Digital @PPAT dijangka menjadi tarikan sepanjang pesta buku ini dengan penglibatan aktif golongan kanak-kanak, belia serta keluarga yang hadir ke KTCC Mall.
 
ktcc3
 
ktcc3
 
ktcc3
 
ktcc3
 
ktcc3
 
ktcc3
 
ktcc3
 
ktcc3
 
ktcc3
 
ktcc3
 
 
Kuala Terengganu, 1 September 2025 - Majlis Suai Kenal bersama kakitangan baharu telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat PPAT pada hari ini. Seramai sepuluh (10) orang kakitangan baharu dari pelbagai jawatan telah melafazkan Ikrar Perkhidmatan Awam, disaksikan oleh Puan Pengarah, Nuzulnisa Binti Barudin @ Kamarudin, bersama pegawai-pegawai kanan PPAT.
Dalam majlis tersebut, Puan Pengarah serta barisan pegawai kanan turut menyampaikan amanat dan peringatan penting berkenaan etika perkhidmatan awam serta kepentingan integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab seharian.
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua lantikan baharu yang kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada warga perkhidmatan awam. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi harapan agar kehadiran mereka dapat memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan, melancarkan proses kerja harian, serta menyumbang ke arah kecemerlangan PPAT secara keseluruhan.
 
kenal
 
kenal
 
kenal
 
kenal
 
kenal
 
kenal
 
kenal
 
kenal
 
kenal
 
Rabu, 03 September 2025 08:30

Rubik Cube Open Terengganu 2025 Sengit

Written by
rubik
 
Sebagai usaha memperkasa pembudayaan ilmu dalam kalangan generasi muda, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) melalui Bahagian Rangkaian Perpustakaan, PPAT dengan kerjasama UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun telah menganjurkan Pertandingan Rubik Cube Open Terengganu 2025 pada 30 Ogos 2025 (Sabtu) di di Aras 2, KTCC Mall Kuala Terengganu sempena Pesta Buku SMO Bookstores.
Rubik Cube bukan sekadar permainan, malah merupakan kemahiran tindak balas yang kreatif dalam merangsang daya fikir, tumpuan serta kemahiran menyelesaikan masalah secara pantas. Pertandingan ini bertujuan menyediakan platform sihat dan mencabar minda kepada pelajar serta belia, seiring dengan aspirasi PPAT untuk menggalakkan aktiviti yang sihat, pembangunan modal insan dan intelektual komuniti.
Program ini juga dilihat sebagai medium yang berupaya merapatkan jurang antara institusi ilmu, pendidikan dan masyarakat melalui penganjuran aktiviti pertandingan yang kompetitif dan mencabar minda.
Seramai 80 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut berdasarkan peringkat umur iaitu kategori A (7 - 9 tahun) 20 orang, Kategori B (10 - 12 tahun) 20 orang dan Kategori C-D (13 tahun ke atas) 40 orang. Dengan adanya pertandingan ini, peserta dapat mencungkil bakat dan potensi diri sebagai aktiviti intelektual yang mencabar minda, kemahiran berfikir secara logik dan kreatif dan meningkatkan daya tumpuan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara perpustakaan, institusi pendidikan dan komuniti melalui aktiviti bersama.
Penutup daripada pertandingan tersebut, para peserta yang telah berjaya menyelesaikan permainan ini dengan pantas, telah disampaikan hadiah mengikut Kategori A oleh Dr. Kamarulzaman bin Mahmood, Ketua Bahagian Rangkaian Perpustakaan, PPAT, Kategori B oleh Pn. Noor Hafiza Mohammed, Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun dan Kategori C - D oleh Encik Ahmed Azim bin Othman, Pengarah Urusan Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd. Pertandingan ini bukan sahaja sebagai platform mencungkil bakat tetapi juga sebagai usaha mendekatkan komuniti dengan perpustakaan dan dunia intelektual. Kerjasama strategik antara PPAT, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun dan JPNT diharap dapat memberi impak positif dalam memacu agenda pembangunan modal insan Pendidikan Negeri Terengganu.
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
Ahad, 24 Ogos 2025 15:30

Merdeka Fun Walk PAD Dungun Disambut Meriah

Written by

Sabtu, 23 Ogos 2025 - Perpustakaan Awam Daerah Dungun dengan kerjasama JPKK Tembesu Akar, JPKK Alur Tembesu, JPKK Sura Gate dan JPKK Teluk Lipat telah berjaya menganjurkan Merdeka Fun Walk bersempena Program Semarak Ambang Merdeka 2025 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Acara pelepasan Merdeka Fun Walk 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin bin Haji Tengku Muhammad Fauzi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura.
Seramai lebih 300 peserta mengambil bahagian dalam acara fun walk sejauh 3.5km, sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat patriotisme dan berpakaian mengikut tema kemerdekaan Malaysia. Terima kasih kepada semua peserta yang telah bersama-sama memeriahkan program ini. Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam diri kita semua.

 

funwalkDungun

funwalkDungun

funwalkDungun

funwalkDungun

funwalkDungun

funwalkDungun

funwalkDungun

funwalkDungun

 

 

Halaman 2 dari 3
CIO