Arkib Berita 2025 (42)
PPAT Turut Meriahkan Program International Golden Monsoon Ride and Run 2025
Written by faizu19 Disember 2025 | Sempena International Golden Monsoon Ride and Run 2025 (IGMRR’25), PPAT turut memeriahkan acara dengan penganjuran pertandingan Fashion Show – Monsoon Style. Muncul pula ikon fashion cilik dengan gaya monsoon yang penuh kreativiti.
Peserta terpilih memperagakan pakaian masing-masing di atas pentas dengan pelbagai aksi dan ragam tersendiri. Ada yang comel, ada yang bergaya dan ada yang siap dengan posing ala model terkenal!
Sorakan penonton semakin meriah, pentas semakin hidup, dan cuaca monsoon pun seakan mengalah dengan aura peserta-peserta kecil ini. Memang betul… kecil-kecil cili padi, besar-besar gaya!
Tahniah kepada para pemenang:
Tempat Pertama: Muhammad Amar Hafiz
Tempat Kedua: Muhammad Naufal Afkar bin Redzuan
Tempat Ketiga: Nur Afiya binti Mohd
Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berani tampil, bergaya dan menceriakan pentas Monsoon Style!



PPAT Rangkul Naib Juara Duathlon Kategori Relay Open
Written by faizu















EPSA Malaysia Madani Perkhidmatan Awam (MMPA) Kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi Serta P&P
Written by faizu



Kuala Terengganu : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Hari Integriti PPAT Tahun 2025 bertemakan “PPAT Teguh Integriti” dalam usaha memperkukuh nilai kejujuran, ketelusan dan akauntabiliti dalam organisasi.
Majlis Pelancaran ini disempurnakan oleh Y.Brs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), dan dihadiri oleh seluruh warga kerja PPAT serta kakitangan Perpustakaan Awam Daerah, Pekan dan Desa Negeri serta Penyelia Zon Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Terengganu. Diiringi pelancaran Logo Integriti PPAT serta gimik perasmian sebagai simbolik komitmen Jabatan dalam membudayakan integriti di semua peringkat organisasi.
Penganjuran program ini bertujuan memupuk kesedaran dan penghayatan terhadap nilai integriti dalam pelaksanaan tugas harian, selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam berteraskan prinsip Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA).
Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj dan video sorotan perjalanan PPAT dari Januari hingga November 2025 yang menampilkan pelbagai pencapaian jabatan dalam aspek pembangunan infrastruktur, peningkatan mutu perkhidmatan serta program literasi ilmu dan komuniti di samping beberapa slot pengisian bermanfaat antaranya :
1. Taklimat Pengurusan Koperasi oleh Puan Wan Rohaiza binti Wan Abdullah, Ahli Lembaga Merangkap Pengerusi Biro Keanggotaan dan Kredit, Koperasi Kakitangan JKR Negeri Terengganu;
2. Taklimat Permohonan Menjalankan Kerja Luar oleh Encik Ahmad Shahril bin Aziz, Ketua Pembantu Tadbir 1, PPAT; dan
3. Taklimat Integriti oleh Encik Faizurudin bin Mat Nor @ Idris, Ketua Unit Integriti, PPAT.
Majlis turut disemarakkan dengan sesi dialog bersama Pengarah dan Ketua Bahagian, penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi bulan Julai hingga Oktober 2025 sebagai penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang dan dedikasi tinggi dalam menjalankan tanggungjawab serta pengenalan inisiatif baharu PPAT iaitu KEPUTRA, PPAT Runner, Pasukan Bola Jaring PPAT dan Team Mobile Legend PPAT.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan PPAT dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti, profesional dan berprestasi tinggi, selaras dengan visi sebagai peneraju perkhidmatan perpustakaan yang terunggul dan terus komited dalam memperkasakan budaya integriti sebagai teras kecemerlangan perkhidmatan awam di Negeri Terengganu.
Berita & Gambar oleh :
Unit Media dan Korporat, PPAT
















Kuala Terengganu : Bagi memastikan perkhidmatan u-Pustaka terus berada pada tahap terbaik, pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah mengadakan lawatan pemantauan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).
Lawatan ini diketuai oleh En. Ali bin Rashid, Pengarah Perpustakaan Digital Negara, bersama En. Wan Yuhaimisham bin Wan Yusof, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan dan En. Azharizal bin Abu Bakar, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat.
Sesi ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan perkhidmatan u-Pustaka, di samping membincangkan isu-isu serta cadangan penambahbaikan agar sistem ini terus relevan dan mudah diakses oleh pengguna.
Pihak PPAT merakamkan setinggi penghargaan kepada PNM atas perhatian dan sokongan berterusan dalam memperkukuh perkhidmatan digital perpustakaan di Terengganu.
Berita oleh : BPPM
Gambar oleh Unit Media PPAT / UPPK








Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) hari ini meneruskan usaha memperkukuh jaringan kolaboratif melalui kunjungan hormat ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT). Lawatan ini diketuai oleh Y.Brs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, bersama delegasi pegawai pengurusan PPAT.
Delegasi PPAT telah disambut oleh Y.Brs. Encik Mohd Huzairil Nizam bin Ibrahim, Ketua Eksekutif PSKT bersama pegawai pengurusan PSKT dalam sesi pertemuan yang berlangsung secara mesra dan profesional. Perbincangan memberi tumpuan kepada peluang kerjasama strategik dalam pengayaan ilmu, pembangunan program pendidikan sains, serta pengukuhan aktiviti kreatif dan inovatif bagi komuniti Negeri Terengganu.
Kedua-dua agensi turut menilai potensi penganjuran program bersama yang boleh digerakkan pada tahun 2026, termasuk aktiviti literasi STEM, bengkel interaktif, program keluarga dan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman. Kerjasama ini dijangka memberi impak positif kepada usaha memperluas akses rakyat kepada pendidikan berkualiti dan sumber ilmu yang lebih holistik.
Kunjungan hormat ini menjadi platform penting dalam mempererat hubungan kerja antara PPAT dan PSKT, selari dengan komitmen PPAT untuk memperkasa ekosistem pembelajaran sepanjang hayat di Negeri Terengganu.
Berita dan Gambar oleh : UPPK & Unit Media PPAT






Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan kunjungan hormat murni ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dalam usaha memperkukuh hubungan strategik berkaitan pembangunan pendidikan dan literasi di negeri Terengganu. Kunjungan ini diketuai oleh Y.Brs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, bersama delegasi pengurusan PPAT.
Kunjungan hormat ini telah disambut baik oleh Y.Brs. Encik Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Pengarah JPNT bersama kepimpinan Pengurusan JPNT dalam suasana pertemuan yang profesional dan mesra. Perbincangan memberi tumpuan kepada peluang kerjasama dalam memperkasa program literasi maklumat, budaya membaca, pendidikan digital, dan inisiatif yang menyokong pengembangan ilmu di peringkat sekolah.
Semasa sesi perbincangan, PPAT turut mengemukakan cadangan pelaksanaan program bersama seperti perkongsian ilmu, pendekatan pembelajaran kreatif, penglibatan perpustakaan bergerak, serta aktiviti yang boleh memberi manfaat secara langsung kepada guru dan pelajar di seluruh Terengganu. Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk meningkatkan usaha kolaboratif yang memberi impak kepada ekosistem pendidikan negeri.
Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai simbol penghargaan dan jalinan kerjasama yang berterusan antara PPAT dan JPNT. PPAT optimis usaha ini akan membuka lebih banyak ruang sinergi dalam memperkukuh agenda pembelajaran sepanjang hayat di Negeri Terengganu.
Berita dan Gambar oleh : UPPK & Unit Media PPAT






Kuala Terengganu : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) melalui Biro Agama, Kebajikan dan Kemasyarakatan (BAKK), Kelab Sukan PPAT (PERPAT), dengan kerjasama Unit Integriti PPAT telah menganjurkan Program Halaqah Darul Iman (HaDI) Siri 1 Tahun 2025 sebagai inisiatif memperkukuh penghayatan agama dan penyampaian dakwah kepada warga perpustakaan.
Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna, PANT ini telah menghimpunkan warga kerja PPAT pusat dan pengisian tazkirah telah disampaikan oleh YB Ustaz Ridzuan bin Hashim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga PPAT. Beliau telah menghuraikan beberapa buah hadis yang menyentuh tentang keperibadian para sahabat dan isteri Rasulullah SAW yang sentiasa mengutamakan kehidupan selepas akhirat. Segala perkongsian dan peringatan yang diberikan adalah menjurus kepada pembinaan insan, pengukuhan spiritual dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah SWT serta kakitangan PPAT seharian.
Penganjuran program ini merupakan usaha berterusan PPAT dalam memperkasakan pembangunan modal insan di samping menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti berbentuk keilmuan serta kerohanian. Semoga warga PPAT pusat dapat memanfaatkan ruang ilmu yang disediakan seterusnya menjadikannya sebagai satu amalan yang berterusan ke arah pembudayaan kerja berintegriti dan dedikasi.
InsyaALLAH siri seterusnya akan menyusul. Terima kasih kepada semua yang menjayakan.
Berita dan gambar oleh:
BAKK PERPAT & Unit Media PPAT




KUALA TERENGGANU : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menerima jemputan hormat murni daripada Y.Bhg. Dato' Hajah Nor Akmal binti Ab. Fatah, Mantan Pengarah PPAT dalam suasana penuh mesra di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Ketibaan Y.Bhg. Dato' Hajah telah disambut oleh Y.Brs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, bersama barisan pengurusan ketua-ketua Bahagian dan Unit, PPAT. Jemputan ini bagi menzahirkan penghargaan atas kepimpinan, sumbangan dan dedikasi Y.Bhg. Dato’ Hajah sepanjang tempoh perkhidmatan di PPAT. Ia juga menjadi ruang untuk pihak PPAT menimba pandangan serta nasihat dalam memperkukuh hala tuju dan kecemerlangan organisasi.
Dalam pertemuan berkenaan, Y.Bhg. Dato' Hajah telah berkongsi pandangan bernas serta pengalaman kepimpinan yang menjadi inspirasi kepada warga PPAT. Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap perkembangan dan pencapaian PPAT yang terus komited memperkasakan budaya ilmu, profesionalisme dan integriti dalam setiap lapisan perkhidmatan kepada masyarakat.
Majlis turut diserikan dengan sesi ramah mesra dan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan PPAT terhadap sumbangan, jasa dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui organisasi ini.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato' Hajah Nor Akmal binti Ab. Fatah atas khidmat bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam memperkukuh peranan PPAT sebagai peneraju literasi dan pembangunan ilmu di Negeri Terengganu. Semoga pertemuan ini menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturrahim serta memperkukuh jaringan persaudaraan antara warga PPAT dan Y.Bhg. Dato' Hajah.
Berita & Gambar oleh : Unit Perancangan, Pembangunan dan Korporat, PPAT.

















