KUALA TERENGGANU : Pada 16 Oktober 2025, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan kunjung hormat ke Koperasi Kakitangan JKR Terengganu Berhad bagi tujuan perkongsian pengalaman dan maklumat berkaitan penubuhan koperasi.
Kunjungan ini diadakan sebagai langkah awal PPAT dalam usaha menubuhkan Koperasi Kakitangan PPAT. Melalui sesi tersebut, pihak PPAT telah berpeluang menimba ilmu serta berkongsi pengalaman bersama Ahli Lembaga Koperasi Kakitangan JKR Terengganu Berhad, khususnya Tuan Haji Arjunaidi bin Ismail, Encik Muhammad Fahmi bin Ghazali @ Sulong dan barisan Ahli Lembaga Koperasi yang lain.
Perkongsian ini diharap dapat memberi panduan serta inspirasi kepada PPAT dalam merancang penubuhan dan pengurusan koperasi kakitangan yang berdaya maju pada masa hadapan.

Selasa, 21 Oktober 2025 16:57
Kunjungan Hormat Ke Korperasi Kakitangan JKR Terengganu Berhad
Written by faizu
Published in
Arkib Berita 2025

