Arkib Berita 2025 (42)

Program Jejak Warisan 2025 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Julai 2025 (Selasa) bertempat di dua lokasi bersejarah negeri Terengganu, iaitu Rumah Warisan Haji Su dan Kota Lama Duyong.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Pengarah PPAT, Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai nilai sejarah, seni bina warisan serta pemeliharaan budaya tempatan yang menjadi identiti negeri Terengganu. Ia turut menjadi platform pendidikan tidak formal bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara dan menghargai warisan negara.
Semoga usaha ini dapat menyemai rasa cinta terhadap sejarah dan budaya dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.
 
jejakwarisan2025 1
jejakwarisan2025 1
jejakwarisan2025 1
 
Sumber Gambar : Unit Media & BPPM
Ahad, 27 Julai 2025 10:09

BTM SUK Terengganu dan PPAT Jalin Kerjasama

Written by
PPAT | 23 Julai 2025 - Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM), Pejabat SUK Terengganu telah mengadakan kunjung hormat ke atas Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, dalam usaha memperkukuhkan hubungan strategik antara PPAT dan Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM).
Kunjungan ini membuka lembaran baharu ke arah kerjasama dua hala yang lebih dinamik dan berfokus, khususnya dalam memperkasa penggunaan teknologi dalam pengurusan organisasi melalui pelaksanaan Sistem Perolehan Perkakasan ICT (SPPICT).
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah potensi SPPICT sebagai satu platform digital yang berupaya untuk memudahkan urusan kerja harian secara sistematik dan efisien, menambah baik proses perolehan dan pengurusan aset ICT serta meningkatkan ketelusan dan kecekapan pentadbiran dalaman melalui automasi sistem.
PPAT menyambut baik inisiatif ini sebagai langkah proaktif dalam menyokong agenda pendigitalan sektor awam dan berharap jalinan kerjasama ini akan memberi manfaat berpanjangan kepada kedua-dua pihak.
 
btm1
 
btm1
 
btm1
 
btm1
 
btm1
 
btm1
 
btm1
 
btm1
 
btm1
 
 
Unit Media & Korporat
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT)
Ahad, 27 Julai 2025 10:06

PPAT Terima Kunjungan Hormat KEPAK

Written by

23 Julai 2025 (Rabu), PPAT telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia dan Negeri Terengganu yang diketuai oleh Dr. Hj. Azrie bin Azeh (Presiden Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK) dan 3 org pegawai bagi penyerahan buku Penglibatan Penjawat Awam Di Dalam Kesatuan Sekerja Di Malaysia yang diterbitkan oleh KEPAK dengan Kerjasama pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertempat di Bilik Perbincangan Tingkat 4 PPAT.

 

kepak1

 

kepak2

Kuala Lumpur, 29 Mei 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa PWTC, Kuala Lumpur. Penyertaan kali ini dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung dari seluruh negara.

Diantara aktiviti yang mencuri perhatian ialah jualan buku terbaharu iaitu buku-buku hebat seperti Ulama Terengganu Baharu dan Orang Terengganu Baharu dengan potongan harga yang istimewa buat pencinta buku. Pameran Perkhidmatan Perpustakaan turut diadakan dengan menampilkan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPAT kepada masyarakat Terengganu.

Turut menjadi perhatian ialah jualan produk tradisional Terengganu seperti keropok dan snek tradisi yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Terdapat juga aktiviti sampingan seperti teka berat buku, permainan dalaman di ruang santai bersama keluarga. Seramai 4 orang petugas yang mengendalikan reruai PPAT diketuai oleh En. Muhaisham Bin Ibrahim, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat. Turut hadir memeriahkan suasana ialah Pengarah PPAT, Puan Nuzulnisa binti Barudin@Kamarudin, yang tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan pengunjung dan rakan-rakan pustakawan dari seluruh Malaysia. Terima kasih kepada semua yang singgah di reruai kami (5-14) di bawah Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia. Sokongan anda menginspirasikan kami untuk terus memperkasa budaya membaca dan cinta ilmu.

 

pbakl1

pbakl2

pbakl3

pbakl4

PPAT | 27 Mei 2025 – Program Nadim Bahasa anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Pusat Bahasa Terengganu (PBT), Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT) telah berlangsung dengan penuh meriah. Program yang melibatkan 3 buah sekolah agama sekitar Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Agama Khairiah, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang dan Sekolah Menengah Agama Marang dengan penglibatan pelajar seramai 60 orang.
Program ini bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di kalangan pelajar dan masyarakat, serta memperkasakan penggunaan bahasa sebagai medium komunikasi yang penting.
Antara pengisian menarik sepanjang program berlangsung adalah Bengkel Debat, Pertandingan Debat, Bicara alumni UniSZA dan Aktiviti interaktif bersama fasilitator.
Tahniah kepada semua peserta, fasilitator, dan pihak penganjur atas kejayaan penganjuran ini. Semoga usaha murni ini terus menjadi platform memperkukuh identiti bangsa dan bahasa tercinta.
 
nadim7
nadim1
nadim2
nadim3
nadim4
nadim5
nadim6
 
Foto Oleh : Unit Media PPAT
KUALA TERENGGANU, 20 Mei 2025 — Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin pendidikan STEM di negeri ini menerusi penganjuran Karnival TECH.COM 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Mei 2025.
Karnival ini menghimpunkan pelbagai aktiviti interaktif dan pendidikan teknologi seperti pameran inovasi, cabaran robotik, realiti maya, simulasi digital dan bengkel teknologi terkini. Acara ini berjaya menarik ribuan pengunjung termasuk pelajar sekolah, belia, pendidik, agensi kerajaan serta keluarga.
Antara program yang mendapat perhatian ialah Bengkel Drone Soccer, iaitu satu sukan berteknologi tinggi yang menggabungkan elemen kawalan drone dan konsep bola sepak. Peserta diberi latihan asas tentang pengendalian drone dalam bentuk perlawanan berkumpulan, sambil mempelajari aspek keselamatan, penyelenggaraan dan koordinasi pasukan.
Menariknya, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) turut menghantar wakil seramai tiga orang kakitangan bagi menyertai bengkel ini. Mereka terdiri daripada Encik Fauzi, Encik Mazli dan Encik Fadli, yang masing-masing menunjukkan minat mendalam terhadap teknologi pendidikan dan inovasi digital.
Menurut salah seorang peserta, Encik Fauzi, penyertaan mereka bukan hanya untuk mencuba aktiviti baharu, tetapi juga sebagai usaha meneroka pendekatan teknologi yang boleh diterapkan dalam program pembudayaan ilmu di perpustakaan.
“Kami melihat Drone Soccer ini sebagai satu potensi aktiviti pendidikan yang mampu menarik minat golongan muda kepada perpustakaan. Inisiatif seperti ini boleh dijadikan program outreach yang moden dan relevan,” katanya.
Karnival TECH.COM 2025 turut menampilkan kerjasama agensi pendidikan, penggiat teknologi tempatan, institusi pengajian tinggi serta pengusaha industri kreatif. Terdapat juga sesi ceramah, booth interaktif dan jualan teknologi tempatan sepanjang program berlangsung.
 
techcom1
techcom1
techcom1
techcom1
techcom1
techcom1
techcom1
 
Berita dan Foto Oleh : Unit Perancangan Pembangunan & Korporat, Unit Media PPAT
solathajatppat 7
 
KUALA TERENGGANU, 22 Mei 2025 – Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menganjurkan Majlis Solat Hajat, Tahlil dan Doa Munajat sebagai usaha memperkukuhkan kekuatan rohani dan perpaduan dalam kalangan warganya. Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, PPAT ini merupakan inisiatif jabatan yang dikelolakan oleh Biro Kebajikan & Agama, Kelab Sukan PPAT (PERPAT).
Majlis dimulakan dengan solat hajat secara berjemaah, diikuti dengan bacaan doa munajat memohon kelancaran segala urusan perancangan dan gerak kerja PPAT, serta memperteguh kesatuan saf dan iltizam dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Majlis yang dipimpin oleh Imam En. Shafie Wahab turut menzahirkan solidariti bersama umat Islam di seluruh dunia apabila doa khusus dibacakan untuk saudara-saudara kita di Palestin yang kini berhadapan dengan penindasan rejim Zi*nis Isr*el. Para peserta majlis bersatu hati memohon agar mereka diberikan kekuatan, ketabahan serta kemenangan oleh Allah SWT.
Dalam suasana penuh keinsafan, turut diadakan bacaan tahlil yang dihadiahkan kepada warga PPAT yang telah meninggal dunia, khususnya Allahyarhamah Puan Zuliana binti Jusoh, serta semua bekas kakitangan yang telah kembali ke rahmatullah. Doa dipanjatkan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Pengarah PPAT, Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, dalam ucapan ringkas beliau menyeru seluruh warga kerja untuk terus mengekalkan nilai kesatuan dan ketekunan dalam bekerja, selari dengan usaha memperkukuh jati diri organisasi.
“Majlis sebegini menjadi ruang untuk kita bermuhasabah dan memperbaharui niat. Saya berharap semua warga PPAT akan terus memberi komitmen yang tinggi dalam tugas, bekerja dengan ikhlas dan saling memperkukuh sesama rakan sekerja,” ujar beliau.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada pendekatan menyeluruh PPAT dalam pembangunan nilai spiritual dan kebajikan kakitangan, seiring dengan matlamat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan berteraskan nilai-nilai Islam.
solathajatppat 7
solathajatppat 7
solathajatppat 7
solathajatppat 7
solathajatppat 7
solathajatppat 7
 
 
 
Berita dan Gambar oleh : Unit Perancangan Pembangunan & Korporat, Unit Media PPAT
lawatan adun sukan5
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT) telah menerima kunjungan daripada Yb Haji Hishamuddin bin Abdul Karim (ADUN Tepoh) bersama Adun Belia dan kakitangan UBSNT.
Wakil dari PPAT, Puan Majidah Binti Che Ali (Ketua Unit Koleksi Tempatan dan Pendigitan) telah memberi penerangan ringkas berkaitan bahan-bahan bacaan yang boleh diperolehi di Sudut Koleksi Terengganu( KTG) bagi membantu pengunjung untuk mendapatkan makumat berkaitan negeri Terengganu.
Terima kasih atas kunjungan dan kami berharap semoga berpuashati dengan layanan dan penerangan yang kami berikan.
 
lawatan adun sukan5
lawatan adun sukan5
lawatan adun sukan5
lawatan adun sukan5
lawatan adun sukan5
 
 
Berita dan Gambar oleh : Unit Perancangan Pembangunan & Korporat, Unit Media PPAT
KUALA TERENGGANU, 11 MEI – Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah menganjurkan Bengkel Pemurnian MyPerformance pada 11 Mei 2025 bagi memperkukuh kefahaman dan kecekapan pelaksanaan sistem penilaian prestasi penjawat awam di peringkat jabatan. Bengkel ini telah disertai oleh 19 orang pentadbir bahagian dan unit serta dikendalikan oleh Encik Hamidi bin Ramli, kakitangan dari Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan memastikan penyelarasan data, tatacara penilaian serta pemahaman komponen penting seperti Nilai Sepunya, Sasaran Penghasilan Kerja (SPK), peranan Pegawai Penilai dan beberapa komponen lain dilaksanakan secara sistematik dan efisien.
 
Sistem MyPerformance, yang dijangka akan mula digunakan sepenuhnya pada tahun 2026, merupakan inisiatif baharu yang menggantikan sistem penilaian sedia ada, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ketelusan, keadilan dan keberkesanan pengurusan prestasi penjawat awam. Usaha ini sejajar dengan komitmen jabatan dalam mengekalkan tadbir urus prestasi yang telus, berintegriti dan berorientasikan kecemerlangan kerja.
 
Berita oleh : Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia PPAT
 
 
myperformance1
myperformance4
myperformance2
myperformance3
myperformance5
 
Foto oleh : Unit Media PPAT
Selasa, 06 Mei 2025 14:10

Jawatan Kosong Terkini di PPAT

Written by

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu membuka peluang kepada seluruh rakyat negeri Terengganu yang berkelayakan untuk  memohon kekosongan jawatan yang disediakan seperti senarai di bawah: 

1) Pembantu Pustakawan, Gred S1 (Taraf Jawatan : Tetap , 4 Kekosongan) 
2) Pembantu Khidmat Am, Gred H1 (Taraf Jawatan : Tetap, 3 Kekosongan)  
3) Juruteknik Komputer, Gred FT1(Taraf Jawatan : Kontrak , 1 Kekosongan) 
 

Permohonan untuk kesemua jawatan di atas boleh dibuat secara atas talian melalui https://ekerjaya.trglib.gov.my

Pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu seterusnya mengisi maklumat peribadi sebelum memohon sebarang jawatan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Mei 2025.

 

Sekian, terima kasih.

Bahagian Khidmat Pengurusan,

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

 

Halaman 3 dari 3
CIO