Rabu, 03 Disember 2025 15:35

PPAT Laksana Penilaian Sub SKU MyPerformance

Written by 
Rate this item
(0 votes)
30 November - 3 Disember 2025 | Bengkel Tatacara Penilaian Sub SKU MyPerformance telah diadakan bertempat di Bilik Multimedia, Aras 2, PPAT. Bengkel ini dijalankan selama 4 hari dan merangkumi 7 sesi latihan yang disusun secara berperingkat bagi memastikan pemahaman menyeluruh terhadap kaedah penilaian yang ditetapkan.
Program ini melibatkan penyertaan semua kakitangan berstatus Lantikan Tetap, selaras dengan keperluan peningkatan kompetensi dalam pengurusan prestasi tahunan. Melalui bengkel ini, kakitangan PPAT diberi pendedahan mengenai tatacara penilaian Sub SKU MyPerformance termasuk kefahaman terhadap komponen penilaian, penyediaan dokumen sokongan serta penambahbaikan kualiti penyampaian tugas berpandukan standard prestasi organisasi.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan ketelusan, ketepatan dan keberkesanan proses penilaian prestasi dalam kalangan warga kerja, seterusnya menyokong kecemerlangan penyampaian perkhidmatan organisasi.
 
sku8
sku8
sku8
sku8
sku8
sku8
sku8
sku8
sku8
sku8
Read 1346 times Last modified on Ahad, 23 Ogos 2026 16:51
CIO