22 Dis 2024 I Lawatan Penanda Arasan Kakitangan Pusat Sumber IPGM Kampus Sultan Mizan
Kunjung hormat yang dihadiri dari Pegawai dan Kakitangan IPGM Kampus Sultan Mizan ke PPAT telah membuka satu ruang diskusi yang bermakna antara kedua-dua belah pihak. Dalam usaha untuk membina profesionalisma yang berterusan, PPAT dan IPGM telah sama-sama membuka lembaran dengan berkongsi ilmu, pengalaman, kejayaan dan perancangan dalam usaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna seiring dengan kecanggihan teknologi kini.
Lawatan yang diketuai oleh Puan Hajah Wan Kamsiah binti Wan Ahmad selaku Ketua Unit Pusat Sumber, IPGM Kampus Sultan Mizan ini diharap akan dapat diteruskan dengan pelaksanaan program-program bersama yang memberi impak yang besar buat kedua-duanya.