Bengkel Padu Melukis! Bersama Wazif Bakhtiar

10-12 Februari 2025 l Bengkel Padu Melukis! Bersama Wazif Bakhtiar l Isnin-Rabu
Perbadananan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah berkolaborasi dengan AW Studio dalam menganjurkan Bengkel Padu Melukis! Bersama Wazif Bakhtiar bagi peserta berumur 9-17 tahun. Bengkel ini berlangsung selama tiga hari dan disertai seramai 29 orang peserta bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang dan dikendalikan oleh Encik Mohamad Wazif Nazhan bin Mohd Bakhtiar, Pengasas AW Studio.
Antara pengisian sepanjang bengkel berlangsung adalah melukis wajah atau potret, melukis postur dan anatomi serta mencipta watak atau karakter sendiri. Aktiviti yang paling menarik adalah sesi mencipta watak atau karakter sendiri.
Melalui bengkel ini, para peserta tidak hanya belajar tentang teknik melukis tetapi juga diberi dorongan untuk berfikir secara kreatif dan menjadikan lukisan atau animasi sebagai medium untuk menyampaikan cerita dan mesej. Program ini juga menjadi salah satu platform kepada generasi muda untuk mengembangkan bakat kreatif mereka dalam bidang seni.
 
bengkelukis5
bengkelukis6
bengkelukis2
bengkelukis1
bengkelukis7
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)