Terengganu, 24 April 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah menerima kunjungan dan lawatan daripada Penerbit MARDI ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu yang disertai seramai empat (4) orang Pegawai. Sesi ini telah memberi peluang kepada warga kerja PPAT dan Penerbit MARDI bertukar-tukar pendapat dan pandangan berkaitan penerbitan dan perpustakaan. Pihak MARDI juga telah menyumbang sejumlah buku kepada PPAT untuk dikongsi kepada masyarakat sebagai bahan rujukan.
Terima kasih diucapkan kepada Penerbit MARDI di atas sumbangan yang telah diberikan dan diharapkan sumbangan terbitan MARDI ini dapat memberi manfaat buat warga PPAT dan komuniti setempat.



