5 Mei 2025 | ISNIN - PPAT mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Puan Nuzulnisa binti Barudin@Kamarudin (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu).
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan sesi suai kenal bersama-sama Ketua Bahagian dan Unit.
Sesi ini dimulakan dengan pembentangan pengenalan,fungsi dan struktur organisasi PPAT yang telah di sampaikan oleh Encik Rijaluddin bin Muda (Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan). Secara keseluruhanya,penerangan yang disampaikan telah memberi gambaran berkaitan PPAT dalam melaksanakan fungsinya kepada masyarakat.
Hasil daripada pembentangan, Puan Pengarah mengharapkan komitmen yang sedia ada dalam memacu PPAT dapat diteruskan sebagai ejen penyebaran maklumat kepada masyarakat.
Selain itu, Puan Pengarah juga mengharapkan hubungan erat antara agensi dapat di jaga disamping membentuk warga kerja yang kompeten dan berintegriti, selaras dengan aspirasi pembangunan negeri Terengganu.








