PPAT | 27 Mei 2025 – Program Nadim Bahasa anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Pusat Bahasa Terengganu (PBT), Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT) telah berlangsung dengan penuh meriah. Program yang melibatkan 3 buah sekolah agama sekitar Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Agama Khairiah, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang dan Sekolah Menengah Agama Marang dengan penglibatan pelajar seramai 60 orang.
Program ini bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di kalangan pelajar dan masyarakat, serta memperkasakan penggunaan bahasa sebagai medium komunikasi yang penting.
Antara pengisian menarik sepanjang program berlangsung adalah Bengkel Debat, Pertandingan Debat, Bicara alumni UniSZA dan Aktiviti interaktif bersama fasilitator.
Tahniah kepada semua peserta, fasilitator, dan pihak penganjur atas kejayaan penganjuran ini. Semoga usaha murni ini terus menjadi platform memperkukuh identiti bangsa dan bahasa tercinta.







Berita Oleh : Pusat Bahasa Terengganu
Foto Oleh : Unit Media PPAT