PPAT Meriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 29 Mei 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa PWTC, Kuala Lumpur. Penyertaan kali ini dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung dari seluruh negara.

Diantara aktiviti yang mencuri perhatian ialah jualan buku terbaharu iaitu buku-buku hebat seperti Ulama Terengganu Baharu dan Orang Terengganu Baharu dengan potongan harga yang istimewa buat pencinta buku. Pameran Perkhidmatan Perpustakaan turut diadakan dengan menampilkan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPAT kepada masyarakat Terengganu.

Turut menjadi perhatian ialah jualan produk tradisional Terengganu seperti keropok dan snek tradisi yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Terdapat juga aktiviti sampingan seperti teka berat buku, permainan dalaman di ruang santai bersama keluarga. Seramai 4 orang petugas yang mengendalikan reruai PPAT diketuai oleh En. Muhaisham Bin Ibrahim, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat. Turut hadir memeriahkan suasana ialah Pengarah PPAT, Puan Nuzulnisa binti Barudin@Kamarudin, yang tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan pengunjung dan rakan-rakan pustakawan dari seluruh Malaysia. Terima kasih kepada semua yang singgah di reruai kami (5-14) di bawah Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia. Sokongan anda menginspirasikan kami untuk terus memperkasa budaya membaca dan cinta ilmu.

 

pbakl1

pbakl2

pbakl3

pbakl4

Last modified on Rabu, 04 Jun 2025 11:27
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO