Kuala Terengganu | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan satu taklimat khas kepada para peserta yang akan menyertai Pahang Book Run 2025 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 5 Oktober 2025. Seramai 25 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan akan mengambil bahagian dalam larian santai sejauh 5KM ini. Taklimat ini diadakan bagi memberikan penerangan awal serta maklumat penting berkaitan program, sekali gus membantu peserta membuat persediaan sebelum acara berlangsung.
Selamat berjuang wira & wirawati PPAT.