KUALA NERUS: Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Program Kembara Majalah Dalam Kelas (MDK) sempena Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Al-Fateh, MRSM Kuala Terengganu.
Program yang dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Terengganu, Encik Mohd Farris bin Radzuan ini bukan sahaja mengetengahkan isu semasa dalam kalangan pelajar sekolah iaitu ‘Buli’ bahkan turut menyuntik pentingnya budaya membaca pada generasi di zaman modernisasi kini.
Melalui program ini juga PPAT bersama agensi lain turut menyumbang bahan bacaan kepada enam (6) sekolah terpilih di sekitar Kuala Terengganu iaitu MRSM Kuala Terengganu, SK Kompleks Tembesu, SMK Kompleks Mengabang Telipot, SRIDI Bandar, SRIDI Buluh Gading dan SMIDI Kuala Nerus.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) selaku rakan strategik telah dijemput bagi mengadakan pameran perkhidmatan seperti :-
• Pendaftaran Keahlian
• Perkhidmatan Perpustakaan PPAT & u-Pustaka
• Jualan Buku Terbitan PPAT
• Kuiz Perkhidmatan
Terima kasih kepada semua yang singgah ke pameran kami! Kehadiran dan sokongan anda menyemarakkan lagi semangat budaya membaca sepanjang hayat.
Sumber Berita : BPPM
Sumber Gambar : BPPM & DBP