KUANTAN: Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) bersama Kelab Sukan PERPAT telah menyertai Pahang Book Run 2025 yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
Seramai 27 orang peserta mewakili Team Runner PPAT telah mengambil bahagian dalam acara tersebut bagi kategori pustakawan sejauh 5 kilometer. Kesemua peserta berjaya menamatkan larian dengan jayanya sebagai finisher.
Lebih membanggakan, beberapa peserta PPAT turut berjaya menaiki podium dalam acara tersebut.Berikut adalah senarai pemenang:
Kategori Lelaki
1. Johan – En. Mazli bin Che Mamat
2. Tempat Ketiga – En. Hamzi bin Zainal
3. Tempat Keempat – En. Shukor bin Salleh
Kategori Wanita
1. Tempat Ketiga – Nur Aqilah Syahirah binti Rani
2. Tempat Keempat – Nur Syasya Izzati binti Mohd Nazarudin
3. Tempat Kelima – Che Roslina binti Awang
Selain itu, PPAT turut memenangi Anugerah Penyertaan Teramai Daripada Institusi kerana menghantar peserta yang paling ramai untuk Book Run ini. Penyertaan ini adalah tanda sokongan moral daripada PPAT untuk PPAP.
Penyertaan ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga perpustakaan, malah turut mengharumkan nama PPAT di peringkat kebangsaan. Semoga Team Runner PPAT terus gemilang dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.