Ceritaku@Sekolah Disambut Meriah

MARANG : Majlis Perasmian Program Ceritaku@Sekolah 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, Terengganu dan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Anisatul-Wahidah binti Abdul Wahid, Timbalan Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada jam 11.00 pagi.
Program dua hari yang berlangsung pada 13 dan 14 Oktober 2025 ini merupakan inisiatif strategik PNM dalam memperkukuh budaya membaca serta membentuk minat literasi dalam kalangan murid sekolah melalui pendekatan interaktif, kreatif dan menyeronokkan. Usaha ini turut mendukung hasrat melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berfikiran kritis serta mencintai ilmu.
Penganjuran program ini merupakan hasil jalinan kolaboratif antara Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), selaras dengan aspirasi nasional dalam memperkasa ekosistem literasi dan pembelajaran sepanjang hayat.
Pelbagai pengisian bermanfaat dan berimpak tinggi turut diadakan sepanjang program, antaranya Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kuiz Pencak Aksara Jawi, Misi Si Bijak Info, Teater Mini“Dunia dalam Buku", serta taklimat dan pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik.
Program ini berjaya menarik penyertaan lebih 500 orang murid dengan penglibatan aktif daripada agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Klinik Pergigian, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta penyertaan daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) melalui Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat (BPPM), Pusat Bahasa Terengganu, dan Bahagian Rangkaian Perpustakaan.
Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, bersama Ketua-ketua Bahagian, PPAT yang hadir bagi menyatakan sokongan padu terhadap inisiatif PNM dalam memperkukuh kerjasama strategik ke arah memperkasa budaya ilmu di negeri Terengganu. Kehadiran Encik Razak bin Muda, Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu turut menyerikan majlis perasmian tersebut.
Program Ceritaku@Sekolah 2025 diharap menjadi platform dinamik dalam membentuk generasi muda yang celik maklumat, berdaya saing dan mempunyai jati diri tinggi sebagai pewaris masyarakat berpengetahuan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

ceritaku main

ceritaku main

ceritaku main

ceritaku main

ceritaku main

ceritaku main

ceritaku main

ceritaku main

ceritaku main

ceritaku main

ceritaku main

ceritaku main
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO