KUALA TERENGGANU : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menerima jemputan hormat murni daripada Y.Bhg. Dato' Hajah Nor Akmal binti Ab. Fatah, Mantan Pengarah PPAT dalam suasana penuh mesra di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Ketibaan Y.Bhg. Dato' Hajah telah disambut oleh Y.Brs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, bersama barisan pengurusan ketua-ketua Bahagian dan Unit, PPAT. Jemputan ini bagi menzahirkan penghargaan atas kepimpinan, sumbangan dan dedikasi Y.Bhg. Dato’ Hajah sepanjang tempoh perkhidmatan di PPAT. Ia juga menjadi ruang untuk pihak PPAT menimba pandangan serta nasihat dalam memperkukuh hala tuju dan kecemerlangan organisasi.
Dalam pertemuan berkenaan, Y.Bhg. Dato' Hajah telah berkongsi pandangan bernas serta pengalaman kepimpinan yang menjadi inspirasi kepada warga PPAT. Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap perkembangan dan pencapaian PPAT yang terus komited memperkasakan budaya ilmu, profesionalisme dan integriti dalam setiap lapisan perkhidmatan kepada masyarakat.
Majlis turut diserikan dengan sesi ramah mesra dan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan PPAT terhadap sumbangan, jasa dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui organisasi ini.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato' Hajah Nor Akmal binti Ab. Fatah atas khidmat bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam memperkukuh peranan PPAT sebagai peneraju literasi dan pembangunan ilmu di Negeri Terengganu. Semoga pertemuan ini menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturrahim serta memperkukuh jaringan persaudaraan antara warga PPAT dan Y.Bhg. Dato' Hajah.
Berita & Gambar oleh : Unit Perancangan, Pembangunan dan Korporat, PPAT.

















