Halaqah Darul Iman (HaDI) PPAT Siri 1

Kuala Terengganu : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) melalui Biro Agama, Kebajikan dan Kemasyarakatan (BAKK), Kelab Sukan PPAT (PERPAT), dengan kerjasama Unit Integriti PPAT telah menganjurkan Program Halaqah Darul Iman (HaDI) Siri 1 Tahun 2025 sebagai inisiatif memperkukuh penghayatan agama dan penyampaian dakwah kepada warga perpustakaan.


Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna, PANT ini telah menghimpunkan warga kerja PPAT pusat dan pengisian tazkirah telah disampaikan oleh YB Ustaz Ridzuan bin Hashim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga PPAT. Beliau telah menghuraikan beberapa buah hadis yang menyentuh tentang keperibadian para sahabat dan isteri Rasulullah SAW yang sentiasa mengutamakan kehidupan selepas akhirat. Segala perkongsian dan peringatan yang diberikan adalah menjurus kepada pembinaan insan, pengukuhan spiritual dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah SWT serta kakitangan PPAT seharian.


Penganjuran program ini merupakan usaha berterusan PPAT dalam memperkasakan pembangunan modal insan di samping menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti berbentuk keilmuan serta kerohanian. Semoga warga PPAT pusat dapat memanfaatkan ruang ilmu yang disediakan seterusnya menjadikannya sebagai satu amalan yang berterusan ke arah pembudayaan kerja berintegriti dan dedikasi.


InsyaALLAH siri seterusnya akan menyusul. Terima kasih kepada semua yang menjayakan.
Berita dan gambar oleh:
BAKK PERPAT & Unit Media PPAT

hadi ppat

hadi ppat

hadi ppat

hadi ppat

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO