PPAT JPNT Perkukuh Hubungan Strategik

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan kunjungan hormat murni ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dalam usaha memperkukuh hubungan strategik berkaitan pembangunan pendidikan dan literasi di negeri Terengganu. Kunjungan ini diketuai oleh Y.Brs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, bersama delegasi pengurusan PPAT.

Kunjungan hormat ini telah disambut baik oleh Y.Brs. Encik Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Pengarah JPNT bersama kepimpinan Pengurusan JPNT dalam suasana pertemuan yang profesional dan mesra. Perbincangan memberi tumpuan kepada peluang kerjasama dalam memperkasa program literasi maklumat, budaya membaca, pendidikan digital, dan inisiatif yang menyokong pengembangan ilmu di peringkat sekolah.

Semasa sesi perbincangan, PPAT turut mengemukakan cadangan pelaksanaan program bersama seperti perkongsian ilmu, pendekatan pembelajaran kreatif, penglibatan perpustakaan bergerak, serta aktiviti yang boleh memberi manfaat secara langsung kepada guru dan pelajar di seluruh Terengganu. Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk meningkatkan usaha kolaboratif yang memberi impak kepada ekosistem pendidikan negeri.

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai simbol penghargaan dan jalinan kerjasama yang berterusan antara PPAT dan JPNT. PPAT optimis usaha ini akan membuka lebih banyak ruang sinergi dalam memperkukuh agenda pembelajaran sepanjang hayat di Negeri Terengganu.
Berita dan Gambar oleh : UPPK & Unit Media PPAT

kunjung jpnt1

kunjung jpnt1

kunjung jpnt1

kunjung jpnt1

kunjung jpnt1

kunjung jpnt1

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO