PPAT PSKT Perkukuh Jaringan Kolaboratif

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) hari ini meneruskan usaha memperkukuh jaringan kolaboratif melalui kunjungan hormat ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT). Lawatan ini diketuai oleh Y.Brs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, bersama delegasi pegawai pengurusan PPAT.

Delegasi PPAT telah disambut oleh Y.Brs. Encik Mohd Huzairil Nizam bin Ibrahim, Ketua Eksekutif PSKT bersama pegawai pengurusan PSKT dalam sesi pertemuan yang berlangsung secara mesra dan profesional. Perbincangan memberi tumpuan kepada peluang kerjasama strategik dalam pengayaan ilmu, pembangunan program pendidikan sains, serta pengukuhan aktiviti kreatif dan inovatif bagi komuniti Negeri Terengganu.

Kedua-dua agensi turut menilai potensi penganjuran program bersama yang boleh digerakkan pada tahun 2026, termasuk aktiviti literasi STEM, bengkel interaktif, program keluarga dan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman. Kerjasama ini dijangka memberi impak positif kepada usaha memperluas akses rakyat kepada pendidikan berkualiti dan sumber ilmu yang lebih holistik.

Kunjungan hormat ini menjadi platform penting dalam mempererat hubungan kerja antara PPAT dan PSKT, selari dengan komitmen PPAT untuk memperkasa ekosistem pembelajaran sepanjang hayat di Negeri Terengganu.
Berita dan Gambar oleh : UPPK & Unit Media PPAT

kunjung pskt1

kunjung pskt1

kunjung pskt1

kunjung pskt1

kunjung pskt1

kunjung pskt1

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO