30 November 2025, Ahad : PPAT telah melaksanakan Latihan e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) Malaysia Madani Perkhidmatan Awam (MMPA) khusus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 4, PPAT.
Latihan ini melibatkan penyertaan seramai lapan ( 8 ) orang pegawai, dengan objektif utama meningkatkan kompetensi profesional, keupayaan pengurusan serta pengetahuan berkaitan transformasi digital dalam sektor awam. Program ini turut memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran e-pembelajaran dan aplikasi teknologi dalam mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
Melalui latihan ini, PPAT komited untuk membangunkan modal insan yang cekap, berdaya saing dan mampu menerajui inisiatif transformasi digital, sejajar dengan usaha memperkukuh perkhidmatan.





