PPAT Rangkul Naib Juara Duathlon Kategori Relay Open

Kuala Terengganu, 22 Disember 2025 – Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merakamkan kejayaan membanggakan apabila Team PPAT berjaya meraih Naib Juara bagi kategori Duathlon Relay (Open) dalam acara IGMRR 2025 yang telah berlangsung pada 20 Disember 2025.
Majlis penyerahan hadiah kemenangan telah diadakan pada 22 Disember 2025 dan disempurnakan oleh Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Kejayaan ini mencerminkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga PPAT dalam bidang sukan dan kecergasan.
Team Duathlon Relay (Open) PPAT diwakili oleh Encik Muhammad Khalil Al-Amin bin Roazmi selaku pelari pertama, Encik Ahmad Aizat bin Azhar sebagai penunggang basikal, serta Encik Mohamad Ariff Hakimi bin Zakaria selaku pelari penamat. Gandingan mantap ketiga-tiga atlet ini telah membuahkan hasil apabila mereka berjaya menamatkan perlumbaan dengan cemerlang dalam persaingan sengit antara agensi.
Pihak pengurusan PPAT merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pasukan yang terlibat atas pencapaian yang mengharumkan nama organisasi. Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada warga kerja PPAT untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat serta aktif, di samping mengharumkan nama Terengganu di peringkat lebih tinggi.
 
duathlon1
 
duathlon1
duathlon1
 
duathlon1
 
duathlon1
 
duathlon1
 
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO