19 Disember 2025 | Sempena International Golden Monsoon Ride and Run 2025 (IGMRR’25), PPAT turut memeriahkan acara dengan penganjuran pertandingan Fashion Show – Monsoon Style. Muncul pula ikon fashion cilik dengan gaya monsoon yang penuh kreativiti.
Peserta terpilih memperagakan pakaian masing-masing di atas pentas dengan pelbagai aksi dan ragam tersendiri. Ada yang comel, ada yang bergaya dan ada yang siap dengan posing ala model terkenal!
Sorakan penonton semakin meriah, pentas semakin hidup, dan cuaca monsoon pun seakan mengalah dengan aura peserta-peserta kecil ini. Memang betul… kecil-kecil cili padi, besar-besar gaya!
Tahniah kepada para pemenang:
Tempat Pertama: Muhammad Amar Hafiz
Tempat Kedua: Muhammad Naufal Afkar bin Redzuan
Tempat Ketiga: Nur Afiya binti Mohd
Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berani tampil, bergaya dan menceriakan pentas Monsoon Style!

