26 Januari 2026, Isnin | Dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua agensi, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan Kunjungan Hormat Murni kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu (JBPMNT) bertempat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu. Kunjungan ini menjadi platform rasmi bagi memperluas jaringan kerjasama serta meneroka peluang kolaborasi baharu yang merangkumi aspek keselamatan premis, kesiapsiagaan dan pengurusan kecemasan, latihan pembangunan modal insan serta pelaksanaan program komuniti berimpak tinggi, sejajar dengan aspirasi pembangunan Negeri Terengganu.
Delegasi PPAT diketuai oleh YBrs. Pn. Nuzulnisa bt. Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT bersama-sama barisan pegawai pengurusan PPAT. Kehadiran delegasi telah disambut oleh YS PPjB Nor Mahathir b. Muhamad, Pengarah JBPMNT, diiringi barisan pegawai pengurusan JBPMNT.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan PPAT dalam memperkukuh kerjasama strategik merentas agensi, sekali gus memperkasa peranan perpustakaan awam sebagai pemangkin pembangunan ilmu, pengukuhan masyarakat berpengetahuan serta penyampaian perkhidmatan yang holistik dan berimpak tinggi kepada komuniti.
Berita dan Gambar oleh : UPPK & Unit Media PPAT

